Pengasas jenama rangkaian fesyen ‘Mango’, Isak Andic

BARCELONA – Pengasas jenama rangkaian fesyen Mango, Isak Andic dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Andic disahkan meninggal dunia selepas jatuh pada ketinggian 150 meter semasa berjalan bersama isteri dan anak lelakinya di gua Salitre de Collbato, berhampiran Barcelona, kija-kira jam 1 tengah hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Mango, Toni Ruiz yang mengesahkan insiden itu melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah berhubung kejadian tersebut.

“Dengan rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan pemergian mengejut Isak Andic, pengerusi bukan eksekutif dan pengasas Mango yang tidak dijangka, akibat kemalangan yang berlaku pada Sabtu.

“Kehilangan ini sangat besar buat kita semua,” katanya dalam kenyataan.

Pada usia remaja lagi, mendiang menunjukkan minat mendalam dalam dunia fesyen apabila berhijrah ke Sepanyol dari Turkiye pada usia 13 tahun.

Andic menjual baju-T kepada rakan sekelas sebelum membuka kedai Mango pertama di Barcelona pada 1984.

Forbes melaporkan, Andic memiliki nilai kekayaan bersih dianggarkan berjumlah AS$4.5 bilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here