Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

RAUB– Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes samun sehingga mendatangkan kecederaan, semalam.

Ketua Polis Raub, Mohd Shahril Abdul Rahman berkata tangkapan dibuat susulan laporan daripada mangsa yang dibuat pada Sabtu yang mendakwa disamun di Taman Impian Villa pada 11 malam, pada Jumaat.

Beliau berkata majistret telah membenarkan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 20 Disember 2024 bagi siasatan lanjut terhadap suspek.

”Suspek telah mengeluarkan pisau dan memaksa mangsa untuk menyerahkan wang. Mangsa telah menyerahkan wang kepada suspek sebanyak RM1000 dan selepas itu terdapat pergelutan antara mangsa dan suspek.

”Mangsa telah mengalami kecederaan luka di bahagian bahu sebelah kiri, kemudian suspek terus melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mohd Shahril berkata keputusan ujian saringan air kencing telah dijalankan dan mendapati suspek juga positif dadah.

Manakala suspek telah mengaku melakukan kejadian tersebut selain telah mengaku melakukan tiga kes jenayah pada hari yang sama ketika soal siasat dijalankan terhadap suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here