Tiga lelaki direman tujuh hari sehingga Jumaat selepas didapati memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM44,200.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata ketiga-tiga suspek ditahan dalam serbuan pada jam 6.30 petang di hadapan sebuah pasar raya di Triang, Bera, Pahang, 13 Disember lalu.