Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditemukan mati dengan kesan kelar dalam kereta di Jalan Besar Kepong, di sini, malam tadi.

Difahamkan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 45 tahun ditemukan berdekatan lampu isyarat sekitar jam 10.24 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengelar lengan dan lehernya.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius dengan kesan kelar pada lengan dan leher.

“Makluman awal, mangsa dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kesihatan yang dihadapinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, polis mendedahkan mangsa telah menghantar pesanan WhatsApp kepada suaminya sebelum kejadian berlaku. 

Menurut Ahmad Sukarno, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat dijadualkan pada pukul 11 pagi ini bagi menentukan punca kematian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here