AKAUN TikTok aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zahrin atau lebih dikenali sebagai Fahmi Reza kini tidak lagi boleh diakses.

KUALA LUMPUR – Aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zahrin atau lebih dikenali sebagai Fahmi Reza mendakwa akaun laman sosial TikTok miliknya kini disekat secara kekal (permanently banned).

Menurut Fahmi Reza, akaun TikTok miliknya itu disekat ketika beliau membuat penstriman secara langsung bagi sesi syarahan Student Power di kampus Universiti Malaya (UM).

Jelas beliau, syarahan itu adalah berkenaan sejarah aktivisme mahasiswa melawan penguasa dan pemerintah.

“Akaun TikTok aku kena permanently banned semasa aku buat livestream sesi Student Power lecture di kampus UM pasal sejarah aktivisme mahasiswa melawan penguasa dan pemerintah tadi.

“Mula-mula TikTok sekat sesi live aku, kemudian mereka banned terus akaun aku,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.

Akaun TikTok Fahmi Reza yang sebahagian besar kandungannya berkaitan satira politik sebelum ini mempunyai kira-kira 213,600 pengikut dengan jumlah tanda suka mencecah sehingga 1.9 juta.

Fahmi Reza sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi kerana kelantangan beliau dalam pelbagai isu di media sosial khususnya berkaitan kerajaan dan politik.

Beliau juga pernah ditahan kerana dipercayai memuat naik karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning di Facebooknya sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here