Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berucap pada Majlis Apresiasi Festival of IDEA Putrajaya 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 16 DISEMBER 2024

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka Pelan Pendidikan Tinggi 2025-2035 memandangkan pelan sedia ada bakal berakhir hujung tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelan berkenaan akan menentukan hala tuju pendidikan tinggi dalam tempoh 10 tahun akan datang mengikut keperluan semasa.

“Kita kena sediakan pelan baharu untuk 10 tahun akan datang. Tentang hala tuju apa akan terjadi (pelajar universiti) yang keluar dari universiti, politeknik apa sistem pendidikan terbaik untuk 10 tahun akan datang dan generasi apa yang kita nak sediakan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Pembentangan Kad Laporan Pencapaian KPT, di sini, hari ini.

Jelas beliau, pelan itu dirangka dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar tempatan menerusi satu jawatankuasa khas.

“Hal ini sedang diperincikan satu jawatankuasa melibatkan pelbagai pihak berasaskan pakar-pakar Malaysia. Kita sudah tidak mengambil pendekatan pakar luar negara untuk merangka sistem pendidikan negara kita,” katanya.

Menurut beliau, pelan yang sedang dirangka itu merupakan agenda terbesar KPT kerana melibatkan dasar masa depan pendidikan tinggi negara.

Sementara itu, Zambry memaklumkan akan membawa cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penyelidikan universiti Asean dalam persidangan yang akan bermula tahun depan.

“Sempena dengan Malaysia menjadi tuan rumah Asean nanti (kita akan cadangkan) dan kita harap idea kita nanti yang akan dikemukakan itu akan diterima oleh anggota-anggota negara Asean,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here