Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemimpin Barisan Nasional (BN) digesa supaya berwaspada dengan ‘musuh dalam selimut’ yang ingin mempermainkan gabungan parti itu.

Pengarah Komunikasi Pemuda BN, Neow Choo Seong berkata, BN perlu mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula kerjasama yang dijalinkan dengan Pakatan Harapan (PH), demi kebaikan masa depan.

“Dalam masa sama, BN perlu fokus dalam usaha memperkuat dan memperkukuhkan parti. Jika tidak, BN akan terus dipermainkan, dipijak dan hanya ‘melukut di tepi gantang’

“Melainkan kita rela dipergunakan oleh pihak lain demi kepentingan mereka, dan membiarkan mereka bertambah kuat manakala parti kita pula dibiarkan semakin lemah,” katanya menerusi kenyataan.

Choo Seong yang juga Ketua Penerangan Pemuda MCA menyifatkan desas desus Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menyertai PKR bukan sahaja mencalarkan maruah BN, tetapi juga menunjukkan kerjasama politik di antara kedua-dua parti itu tidak ikhlas.

Katanya, BN sepatutnya menjadi parti yang bermaruah dalam kerajasama yang dijalinkannya itu dan sebarang usaha untuk mempermain-mainkannya harus ditentang.

“(Ura-ura ini) Sekaligus mengesahkan bahawa jajaran politik ini hanyalah untuk kepentingan diri sendiri semata-mata,” ujarnya.

Choo Seong berkata, tindakan melompat parti juga berupaya mencetuskan ketidakstabilan politik, sekaligus bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada 26 Februari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here