Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang mengemas PPS yang ditutup hari ini

KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang pulih apabila semua Pusat Pemulihan Banjir (PPS) di negeri ini ditutup pada hari ini.

Menerusi infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, PPS terakhir yang ditutup ialah di Balairaya Kampung Pertanian di Chenor, Maran yang dibuka disebabkan oleh banjir termenung

“Semua 13 PPS untuk gelombang yang ketiga menempatkan 298 mangsa banjir di negeri ini telah ditutup,” katanya.

Sementara itu Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, pihaknya akan terus bersiap-siaga dengan agensi lain susulan kebarangkalian gelombang seterusnya.

“MetMalaysia telah mengeluarkan amaran waspada di sebahagian Jerantut, Kuantan dan Pekan.

“Harapkan semua komuniti setempat dan masyarakat mengambil cakna perubahan cuaca semasa dan paras kenaikan air laut,” katanya.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bermula hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here