Kenny Liew Hock Nean (lima dari kiri) bersama pengurusan TOPVISION Eye Specialist Berhad di majlis perpindahan penyenaraian ke Pasaran ACE di sini hari ini.

KUALA LUMPUR– TOPVISION Eye Specialist Berhad (Topvision) mencatatkan premium 18.18 peratus berbanding harga terbitannya sebanyak RM0.330 dalam penampilan sulung di Pasaran ACE.

Sempena penyenaraiannya hari ini, Topvision berjaya meraih RM17.9 juta, yang akan digunakan untuk menyokong pengembangan dan matlamat operasi syarikat.

Sebanyak RM7.9 juta akan digunakan untuk membiayai pembangunan TOPVISION International, ACC mata tertiari pakar pelbagai disiplin, manakala RM5 juta diperuntukkan untuk penubuhan TOPVISION Kuala Terengganu dan TOPVISION Tawau.

RM500,000 pula akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sedia ada melalui pembelian mesin perubatan dan baki RM4.5 juta telah diperuntukkan untuk perbelanjaan penyenaraian.

Naib Pengerusi Eksekutif Topvision Datuk Kenny Liew Hock Nean berkata, pemindahan penyenaraian ini menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan Topvision, mencerminkan komitmen syarikat yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan mata yang berkualiti dan boleh diakses di seluruh Malaysia.

“Ia melambangkan bukan sahaja kemuncak kerja keras kami tetapi juga keyakinan pasaran terhadap visi strategikdan potensi pertumbuhan kami. Dengan peralihan ini, kami menyasarkan untuk mengukuhkan kehadiran kami dalam sektor penjagaan kesihatan mata Malaysia, mengembangkan rangkaian perkhidmatan kami, dan meningkatkan standard penjagaan pesakit ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Hong Leong Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Pemilik Buku Tunggal. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here