Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa dari bawah pokok dengan memotong bahagian pokok menggunakan gergaji berantai

BENTONG – Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok manggis di sebuah kebun di Jalan Teras di sini, hari ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.23 petang tadi.

Mangsa dikenali  Pik Chee, 67, beralamat di Taman Bukit Chamang disahkan meninggal dunia di lokasi nahas.

“Seramai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba menaiki kenderaan pacuan empat roda ke lokasi kejadian berikutan tiada akses jentera bomba dan berjalan kaki kira-kira 1.5 kilometer ke lokasi kejadian,” katanya.

Mangsa kemudiannya dikeluarkan dari bawah pokok dengan memotong bahagian pokok menggunakan gergaji berantai.

Mayat warga emas itu berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast