Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan kKesihatan ke restoran terbabit dan ke lokasi tempat pembuangan sayur di Skudai, Johor Bahru bagi melakukan siasatan.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan di sini telah menjalankan pemeriksaan di sebuah restoran yang pekerjanya didakwa mengutip sayur-sayuran dari tong sampah di sebuah lorong hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas perkara berkenaan dimaklumkan kepada Jabatan Kesihatan.

“Restoran berkenaan sudah tutup semalam, hari ini pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan ke premis berkenaan.

“Menurut maklumat pegawai penguat kuasa, lokasi yang dikatakan itu adalah tempat membuang sayur dan difahamkan ramai akan datang untuk mengambilnya,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini tular seorang pekerja restoran di Skudai didakwa mengutip sayuran dari tong sampah sebelum dimasak dan menjadi hidangan kepada pelanggan.

Menerusi video berdurasi 31 saat yang tular di TikTok kelmarin, dilihat beberapa wanita didakwa pekerja restoran terbabit sedang mengambil sayuran dari tong di sebuah lorong.

Pekerja restoran itu tidak puas hati selepas menyedari perlakuan mereka dirakam seorang individu.

Seorang wanita dipercayai pekerja restoran itu menyatakan sayur-sayuryang dikutip itu  untuk dibawa pulang.

Sementara itu, pengusaha restoran berkenaan tampil memberi maklum balas di TikTok terhadap video yang tular.

Menurutnya, dakwaan dalam video berkenaan adalah palsu.

Malah, katanya, tindakan perakam adalah  perbuatan tidak bertanggungjawab dan berunsur sabotaj. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here