Proses lelongan awam kenderaan lucut hak di Kompleks JPJ negeri Pahang hari ini

KUANTAN – Urusan lelongan kenderaan sita hanya akan dibuat menerusi kaedah lelongan awam di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang.

JPJ Pahang dalam kenyataan hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan Lesen Pelelong kepada mana-mana pihak ketiga bagi tujuan tersebut.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat pada hari ini oleh JPJ Negeri Pahang berhubung kejadian membabitkan perkara itu.

“Pelupusan kenderaan sita JPJ Negeri Pahang adalah melalui kaedah lelongan awam di pejabat JPJ Negeri Pahang tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga.

“JPJ Negeri Pahang menasihati mana-mana individu agar berhati-hati dalam urusan pembelian kenderaan, terutamanya pembelian melalui platform secara dalam talian,” katanya.

Orang ramai dialu-alukan untuk melapor kepada JPJ mengenai tawaran atau dakwaan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan JPJ, bagi tindakan pembetulan dan pencegahan yang lebih berkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here