Aireroshairi Roslan

KUANTAN – Penarikan balik rayuan ke atas 40 pertuduhan rasuah terhadap terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah tindakan mencemarkan imej institusi kehakiman negara.

Ketua Penerangan Pas Pahang, Aireroshairi Roslan menimbulkan persoalan mengapa Jabatan Peguam Negara begitu cepat menarik balik rayuan dalam kes yang melibatkan pemimpin kanan kerajaan.

“Adakah ini berlaku kerana kedudukan politik atau wujud campur tangan yang tidak sepatutnya dalam proses perundangan?

“Tindakan ini menimbulkan syak wasangka yang mendalam tentang kewujudan sistem keadilan yang dua darjat di Malaysia,” katanya hari ini.

Pada Khamis lalu Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan melepaskan dan membebaskan Presiden UMNO atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung Sistem Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Susulan itu Pas Pahang meminta kerajaan memberi penjelasan tentang keputusan penarikan semula rayuan pertuduhan rasuah terhadap Ahmad Zahid.

Ini kerana ujarnya, rakyat berhak mengetahui setiap perincian berkenaan keputusan yang yang dilihat mencurigakan.

Jelasnya, tanpa penjelasan yang tepat ia hanya akan menambah spekulasi tentang wujudnya agenda tersembunyi dalam sistem perundangan negara.

Tambah beliau, keputusan Jabatan Peguam Negara sesuatu yang mengejutkan ketika kerajaan jelas gagal membuktikan komitmen dalam memerangi rasuah.

“Mana tidaknya, pencapaian meleburkan 87 kes dalam satu tempoh yang singkat mempersoalkan kredibiliti sistem kehakiman negara.

“Ia bukan sahaja mencemarkan prinsip kesaksamaan undang-undang, malah telah menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi awam,” katanya.

Jelas beliau, sebarang percubaan untuk mengaburkan kebenaran akan mengakibatkan kehilangan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here