MOSCOW – Ketua Pasukan Radiologi, Kimia dan Biologi tentera Rusia terbunuh dalam letupan di sebuah kediaman, di sini, awal pagi ini.

Siasatan jenayah telah dilancarkan dalam insiden yang membabitkan Leftenan Jeneral Igor Kirillov, menurut Jawatankuasa Penyiasatan Rusia.

Letupan yang berlaku di Ryazanskiy Prospekt dilaporkan mengorbankan dua nyawa, yang mana kedua-duanya adalah pegawai tentera, Kirillov dan pembantunya.

Menerusi aplikasi Telegram, jawatankuasa tersebut mengumumkan bahawa ‘menurut siasatan, pada pagi 17 Disember, satu peralatan letupan diletakkan pada sebuah skuter yang diparkir bersebelahan pintu masuk sebuah bangunan kediaman di Ryazanskiy Prospekt di Moscow telah meledak.

Berikutan itu, Ketua Pasukan Radiologi, Kimia dan Biologi tentera Rusia, Igor Kirillov dan pembantunya terbunuh.

Wakil daripada syarikat peralatan keselamatan kecemasan melaporkan bahawa ‘Rakaman video dari tapak letupan Ryazanskiy Prospekt telah diambil’ dan angkatan keselamatan Rusia sedang mengkajinya.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova yang memuji usaha Kirillov mendedahkan salah guna kuasa Barat, khususnya provokasi Pertubuhan pejanjian Atlaktik Utara (NATO) dan makmal bio Amerika Syarikat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here