BEIRUT – Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad buat pertama kali membuka mulut menerusi satu kenyataan yang memperincikan apa yang berlaku di negara beliau, selepas kejatuhan rejimnya pada 8 Disember lalu.
Kenyataan tersebut bertujuan untuk menjelaskan insiden yang menyaksikan beliau meninggalkan Syria apabila kumpulan bersenjata menguasai Syria ketika tentera negara itu tumbang menyebabkan Damsyik dan keberkesanan institusi negara tidak efektif.
Berdasarkan kenyataan bekas Presiden itu, kelewatan penjelasan yang dilakukan akibat gangguan komunikasi atas alasan keselamatan, yang mana beliau menyatakan pemergiannya ke Moscow tidak dirancang, begitu juga meminta suaka di luar negara adalah pilihan yang dibentangkan kepada beliau dan rombongannya.
Pada 8 Disember lalu beliau meninggalkan Damsyik menuju ke Lattakia untuk melawat pangkalan tentera yang dikendalikan tentera Rusia untuk ‘meninjau operasi pertempuran’.
Bagaimanapun, bekas presiden itu mengingati kembali bahawa semakin jelas semua angkatan tentera telah berundur menyebabkan barisan pertahanan terakhir tidak dilindungi, manakala dalam masa sama kumpulan-kumpulan bersenjata menyerang pengkalan Hmeimim dengan menggunakan dron, menyaksikan Moscow mengarahkan beliau dibawa keluar dengan segera pada hari sama.
“Tiada dalam insiden ini saya mengkaji untuk meletak jawatan atau melarikan diri. Satu-satunya tindakan adalah untuk terus bertempur terhadap serangan pengganas,” katanya.
Al-Assad yang mengulangi komitmennya kepada negara berkata, beliau tidak mengeksploitasi keadaan di Syria untuk kepentingan peribadi juga tidak tergoda dengan tawaran-tawaran.
Katanya al-Assad, beliau kekal individu sama yang ‘berdiri di samping pegawai dan tenteranya, bebertapa meter darpada peperangan yang sengit’.
Mengakhiri kenyatannya, bekas Presiden itu berharap Syria ‘akan dibebas dan merdeka sekali lagi’.
Pada 8 Disember lalu, Moscow menyatakan al-Assad dan keluarganya tiba di Moscow yang mana mereka diberikan suaka politik. – Agensi