Amie Nasarudin Tee Abdullah

KUANTAN – Penyampai radio tersohor dengan loghat Pahang di Pahang FM, Amie Nasarudin Tee Abdullah meninggal dunia kediamannya Kuarters Perguruan Bukit Goh kira-kira pukul 5 pagi hari ini.

Menurut Penerbit Rancangan Pahang FM, Nurul Ain Sujaihah Mohd, allahyarham yang dikenali sebagai DJ Amie menghembus nafas terakhir akibat serangan jantung.

Ia merupakan kehilangan besar bagi warga Jabatan Penyiaran Pahang.

”Allahyarham DJ Amie merupakan seorang penyampai berbakat besar yang dikenali dengan sifat mesra, budi bahasa dan keprihatinannya terhadap masyarakat.

“Allahyarham semasa hidup banyak memberikan sumbangan besar kepada Pahang FM menerusi segmen Apa Khabar Weh dan memperkenalkan keunikan budaya tempatan di platform radio,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semasa hayatnya, DJ Amie mencetuskan inspirasi kepada generasi muda dengan gaya penyampaian yang unik menggunakan loghat Pahang menjadikan beliau pelopor dalam industri penyampaian radio di negeri itu.

Bapa anak tiga itu  dilahirkan di Kota Gelanggi, Jerantut itu meninggalkan seorang isteri dan anak-anak berusia antara 11 hingga 16 tahun.

Allahyarham sebelum ini pernah bertugas sebagai juruhebah Manis FM dan kemudiannya berpindah ke Pahang FM pada tahun 2018.

Jenazah allahyarham telah dikafan dan disolatkan di Masjid Sultan Ahmad Shah, Felda Bukit Goh, Kuantan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Merkang, Pasir Putih, Kelantan untuk dikebumikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here