PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) semalam. - Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act, FOI) akan dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan beliau semalam.

Jelas beliau, RUU itu bertujuan meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam dengan memastikan hak individu untuk akses kepada maklumat di bawah bidang kuasa kerajaan terjamin dan terpelihara di sisi undang-undang.

“Mesyuarat turut mengambil maklum tentang penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

“Langkah ini diambil untuk menambah baik imej dan persepsi negara berhubung tata kelola baik sektor awam di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelabur asing,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Tambah Anwar, adalah menjadi tekad kerajaan untuk sentiasa memperkukuh agenda tata kelola baik negara, mempertingkat integriti dan memerangi rasuah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here