KYIV – Pembunuhan seorang pegawai kanan tentera Rusia, Igor Kirillov, di Moscow hari ini dilakukan perkhidmatan keselamatan Ukraine (SBU) dalam ‘operasi khas’, kata sumber kepada agensi berita AFP.

Kirillov merupakan pegawai tentera kanan Rusia yang disasarkan di wilayah Rusia, dengan pembantunya turut maut apabila peralatan letupan yang diletak di sebuah skuter di luar sebuah apartmen di tenggara Moscow meledak.

“Kematian Leftenan Jeneral Igor Kirillov, Ketua Pasukan Radiologi, Kimia dan Biologi tentera Rusia dilakukan dalam operasi khas SBU.

“Kirillov adalah penjenayah perang dan merupakan sasaran yang sah, kerana beliau mengeluarkan arahan menggunakan senjata kimia yang dilarang ke atas tentera Ukraine,” kata sumber itu.

Semalam Kirillov didakwa tanpa kehadiran oleh pihak berkuasa Ukraine atas dakwaan jenayah perang berikutan siasatan yang dilakukan SBU.

Pada Oktober lalu, beliau dikenakan sekatan oleh United Kingdom kerana disyaki menggunakan senjata kimia di Ukraine. – AFP

Ketua Pasukan Kimia Angkatan Pertahanan Rusia terbunuh dalam letupan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast