KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 20 Disember 2024.
Kawasan-Kawasan terlibat ialah Dungun & Kemaman di Terengganu; Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan & Rompin di Pahang dan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi & Johor Bahru di Johor.
Menurutnya, amaran sama juga berkuat kuasa pada 19 hingga 22 Disember di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) & Mukah di Sarawak dan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran & Sandakan) & Kudat di Sabah. – MalaysiaGazette