Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood.

KUALA LUMPUR – Kes dua ekor kucing yang ditemui mati dalam keadaan sadis di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (FPE) Universiti Malaya (UM) bukan kerana didera manusia tetapi akibat serangan anjing.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung kejadian itu pada pukul 6.20 petang semalam.

“Sejurus menerima laporan, siasatan telah dijalankan dan didapati kematian kedua-dua ekor kucing itu berpunca daripada serangan anjing liar yang berkeliaran di situ.

“Laporan ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar serta pihak pengurusan UM bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular mengenai satu gambar di media sosial yang menunjukkan dua ekor kucing ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Kedua-dua bangkai kucing tersebut ditemui di tingkat pertama bangunan H11 dan di padang sebelah Bangunan Azman Hashim di FPE.

Di dalam gambar itu, keempat-empat kaki kucing berkenaan kelihatan seperti dipotong dan perutnya dibelah.

Susulan kejadian itu, Kesatuan Pelajar UM Fakulti Perniagaan dan Ekonomi telah melakukan laporan polis serta menggesa pihak pengurusan bertindak bagi mengelak perkara itu berulang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here