KUALA LUMPUR – Lori sampah rempuh tiga buah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang semalam.
Menurut polis, pada kejadian pukul 3.40 petang itu mendapati pemandu lori bersama orang petugas sedang menjalankan tugas mengutip sampah di kawasan berkenaan.
“Tiba-tiba pemandu hilang kawalan dan lori terlanggar tiga buah rumah di sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun iada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10, 000 dan juga boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Izzatul Aira di talian 017-273 7696. – MalaysiaGazette