Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan yang enggan menjadi scammer  dipaksa makan daging babi dan tikus berhari-hari jika tidak ikut cakap sindiket.

Mangsa, 32, berasal dari Saarawak mendakwa diperdaya oleh rakan sendiri konon telah mendapatkannya kerja di sebuah hotel dengan gaji RM5,000.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim yang berkongsi kisah kekejaman sindiket ini berkata, pada awalnya mangsa enggan melakukan kerja tersebut (scammer) tetapi dia dipukul berhari-hari, diberi makan daging babi dan tikus sehingga dia akur.

“Bila mangsa masih tidak memberikan hasil kepada sinidiket ini, keluarga mangsa pula dihubungi untuk wang tebusan RM12,000. Sehingga wang dibayar, mangsa akan dikurung dalam bilik.

“Mereka ini sanggup buat apa sahaja, nyawa melayang juga bukan sesuatu yang mengejutkan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Hishamuddin berkata, paling mengusarkan pihaknya apabila semakin ramai golongan miskin dan B40 yang terdesak mencari pekerjaan menjadi mangsa sindiket.

“Lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi yang mencabar sekarang. Jadi kumpulan ini terus bermaharajelela memerangkap mangsa,” ujar beliau.

Menurut beliau, MHO telah menyelamatkan sekurang-kurangnya 300 mangsa pemerdagangan mangsa antara 2022 hingga hujung tahun ini.

Kebanyakan mangsa dibawa sindiket ke Kemboja dan Myanmar.

Yang terbaharu hari ini, seorang ibu terpaksa meminta bantuan MHO untuk menyelamatkan anak lelaki tunggalnya, berusia 19 tahun yang kini berada di Myanmar dan dipaksa bekerja sebagai scammer.

Ibu pemuda itu berkata, anaknya dikatakan menaiki penerbangan ke Bangkok, Thailand awal bulan ini sebelum dibawa ke Myanmar melalui jalan darat ekoran lapangan terbang di Thailand terjejas kerana banjir.

Dia kemudian dibawa ke sempadan menggunakan kereta sebelum masuk ke Myanmar.

“Yang tunggu mangsa, beberapa lelaki berpakaian ala tentera. Mangsa dipukul teruk, diugut menggunakan pistol jika tidak kerja,” ujarnya.

Tambah beliau, ketika ini pihaknya sedang merancang untuk menyelamatkan mangsa itu, selain beberapa lagi individu dengan bekerjasama beberapa agensi di luar negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here