Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, program berkenaan telah berjaya melahirkan ramai usahawan muda yang berdaya tahan dan berdaya saing, sekali gus menjadi platform penting dalam membentuk pemimpin perniagaan generasi baharu yang inovatif.