Polis menahan 15 individu termasuk warganegara asing dalam serbuan di Bandar Jaya Petera dan Taman Abad, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Polis menahan 15 individu termasuk warganegara asing kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam serbuan di dua hotel di Bandar Jaya Putera dan Taman Abad di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan itu melibatkan dua lelaki termasuk seorang warganegara Pakistan yang merupakan penjaga kaunter dan 13 wanita Indonesia, Thailand serta Vietnam berperanan sebagai pelayan.

“Mereka yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 54 tahun. Antara kesalahan dilakukan terlibat aktiviti persundalan, penyalahgunaan pas lawatan sosial dan tinggal melebihi tempoh sah.

“Turut dirampas dalam Op Noda itu 36 keping kondom, tiga keping kad akses bilik hotel, empat keping jadual tugas pelayan dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Raub, semua yang ditangkap tahan direman selama empat hari sehingga 20 Disember ini bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 372 B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63, Seksyen 55B serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya komited membanteras jenayah dan aktiviti tidak bermoral dan menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak berkuasa.

Tambahnya, orang ramai yang melihat aktiviti tidak bermoral boleh menghubungi terus talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-218 2323.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here