Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik kedai pakaian gelap mata dengan tawaran lumayan sebelum rugi RM2.118 juta selepas diperdaya pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, semuanya bermula apabila mangsa yang merupakan lelaki warga emas berusia 70 tahun dimasukkan dalam satu grup pelaburan dalam aplikasi Whatsapp.

“Mangsa kemudian tertarik dengan iklan pelaburan mata wang asing yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam grup tersebut.

Mangsa berurusan dengan pentadbir grup tersebut bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

“Percaya dengan keuntungan segera yang dijanjikan, mangsa membuat pembayaran berjumlah RM2,118,000 ke dalam beberapa akuan yang diarahkan suspek dari November hingga awal Disember 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa juga telah mengikut arahan suspek dengan memuat turun aplikasi yang diarahkan dan mendaftar akaun dalam aplikasi tersebut bagi memantau pelaburannya.

Selepas bayaran dibuat, mangsa melihat status pelaburannya dalam aplikasi yang didaftarkan telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM6,216,000 dan mahu menjual kembali saham tersebut tetapi tidak berjaya.

Jelas Kumar, bukan itu sahaja, wang hasil keuntungan juga tidak dapat dikeluarkan.

“Mangsa percaya telah ditipu dan membuat laporan di balai polis di Batu Pahat, semalam memaklumkan mengalami kerugian RM2,118,000,” katanya.

Kes disiasat bawah kesalahan menipu bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga10 tahun dan sebatan serta denda.

Polis Kontinjen Johor, katanya, menyeru dan menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dilihat dalam media sosial dan secara dalam talian yang menjanjikan pulangan menarik.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here