Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima dua orang warga Malaysia iaitu Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep yang pernah ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka diterima dalam keadaan baik dan sihat serta bersyukur kembali tanah air untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan mereka menjalani proses penilaian dan seterusnya memasuki fasa pemulihan secara komprehensif sebelum direintegrasi ke dalam masyarakat.

“Kedua-duanya mempamerkan sikap positif dan terbuka untuk dinilai serta dipulihkan, selain menyatakan komitmen tinggi kembali menjadi masyarakat yang progresif,” katanya dala kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semua orang berhak mempunyai peluang kedua dan PDRM akan memastika kedua-duaya berjaya mencapai peluang itu.

Amerika Syarikat  telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.

Mohammed Farik, 48 dan Mohammed Nazir, 47, ditahan di Thailand pada 2003 berkaitan insiden pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002. – MalaysiaGazette

AS serah dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo Bay sejak 2006

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here