Seorang wanita warga Bangladesh maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas di Jalan Kuantan Bypass, Pahang berhampiran stesen minyak Shell, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Neherima Sultana Nihamoni, 21 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan kepala.