Tertuduh, Wong Jian Xiong (baju hijau) dan Kuan Yu En dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kluang hari ini atas pertuduhan mengedar dadah,minggu lalu.

KLUANG – Dua sahabat berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah minggu lalu.

Tertuduh, Wong Jian Xiong dan Kuan Yu En masing-masing berusia 26 tahun mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Mujib Saroji.

Namun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kesalahan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya secara bersama-sama mengedar dadah dan serbuk dadah disyaki jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat kasar 6618.35 gram di Taman Permata di sini pukul 10 pagi pada 10 Disember lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, disebat 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Suniza Nan Yan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Jarret Ong.

Mahkamah menentapkan tarikh sebutan semula bagi serahan dokumen dan laporan kimia pada 24 Februari ini.

Sebelum ini media melaporkan dua sekawan dicekup polis bersama sejumlah dadah ekstasi bernilai lebih RM1.1 juta di sebuah kediaman yang dijadikan pusat pemprosesan dan pengedaran di Taman Permata kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kedua-dua suspek disyaki memproses bekalan dadah ke dalam paket minuman kecil pelbagai perisa dengan berat 19 gram setiap satu sebelum dijual pada harga RM130 sebungkus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here