Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika hadir pada program 'Perak Economic Outlook 2025' di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 DISEMBER 2024.

IPOH – Kerajaan masih tidak berhasrat untuk mengikut jejak langkah Australia yang menguatkuasakan undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun kerajaan akan untuk mengambil langkah tambahan sekiranya ketetapan had umur yang ditetapkan setiap platform media sosial perlu penambahbaikan.

Katanya, langkah-langkah tambahan itu akan diambil selaras dengan penguatkuasaan pelesenan platform media sosial pada 1 Januari tahun depan.

“Kita mulakan dahulu (langkah) dengan setiap platform media sosial yang tersedia di negara ini untuk menentukan had umur pengguna masing-masing.

“Dan setakat ini mereka menetapkan bahawa hanya individu berusia 13 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk membuka mana-mana akaun media sosial.

“Kita hendak melihat bagaimana penguatkuasaan larangan had umur itu berdasarkan ketetapan masing-masing. Jika tidak memberangsangkan, kita akan pertimbang langkah-langkah tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Perak Economic Outlook 2025 di Pusat Konvensyen Casuarina di Hotel Casuarina@Meru di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, serta Penasihat Kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Bulan lalu media melaporkan, Australia undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial.

Melalui undang-undang itu, individu berusia 16 tahun ke bawah di negara berkenaan akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.

Mengulas lanjut Fahmi berkata, kerajaan kini berada di fasa akhir perbincangan serta memberi penjelasan tentang kaedah pelesenan tersebut kepada syarikat-syarikat penyediaa platform media sosial.

Kata beliau, perbincangan berkenaan turut menyentuh beberapa perkara termasuk dalam soal penyediaan dokumen perundangan.

“Dan saya telah minta supaya semuanya dihubungi dan diberikan maklum balas (berhubung hal itu) pada hari ini juga.

“Ini kerana kita mahu pastikan platform-platform ini dapat berdaftar. Namun kita tidak mahu berada dalam keadaan terpaksa mengambil tindakan undang-undang tegas (kepada penyedia platform media sosial),” jelas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here