TikToker Rayyan Wong

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong yang ditahan kerana memuat naik kandungan berunsur menghina Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin berkata, ini susulan mahkamah telah menolak permohonan reman terhadap pemuda berusia 22 tahun itu kerana dia telah membuat permohonan maaf.

“Siasatan bagaimanapun tetap diteruskan dan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kandungan berunsur penghinaan terhadap Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial, baru-baru ini.

Tangkapan dijalankan susulan laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan terbabit.

Menurut polis siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Rayyan Wong menerusi satu hantaran di media sosial memuat naik satu permohonan maaf berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Katanya, kenyataan itu dibuat tanpa membuat kajian terlebih dahulu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here