Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

KUALA LUMPUR – Kawasan tanah jerlus di Masjid India akan dibuka lebih awal kepada umum iaitu pada akhir bulan ini berbanding perancangan awal pada Februari depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, laporan mengenai perkara itu sdalam proses untuk disiapkan.

“Pemantauan sedang dilakukan di kawasan Daerah Pusat Perniagaan (CBD) antaranya Bukit Bintang, KLCC dan Jalan Tunku Abdul Rahman,” katanya pada sidang media di Menara DBKL 1, di sini, hari ini.

Pada 23 Ogos lalu, satu kejadian tanah jerlus sedalam 8 meter berlaku di hadapan Wisma Melayu berdekatan Masjid India yang disyaki berlaku akibat paip kumbahan pecah atau masalah geografi.

Kejadian itu telah mengorbankan seorang wanita warga India, Vijaya Lakshmi Gali, 48, apabila beliau terjatuh ke dalam tanah jerlus dan sehingga kini tidak dijumpai.

Menurut Maimunah, kawasan tanah jerlus kedua sudah dibuka, namun kawasan tanah jerlus pertama masih berstatus ‘ground zero’.

Ditanya mengenai penggunaan kepakaran luar dalam mengurus perkara ini, Maimunah berkata: “Kepakaran yang kita gunakan campur, ada penglibatan Jabatan Kerja Raya (JKR), Institut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Jabatan Nuklear,”.

Tambahnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia turut terlibat memberi taklimat dan maklumat terkini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here