Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30,724 kes enayah komersial dengan nilai kerugian berjumlah RM2.8 billion direkodkan pada tahun ini hingga 15 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah itu bersamaan purata 88 kes sehari dengan nilai kerugian harian mencecah RM7.9 juta.

“Jumlah kes yang direkodkan setakat ini menunjukkan penurunan sebanyak tiga peratus berbanding dengan tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 31.588 kes.

“Bagaimanapun, nilai kerugian menunjukkan trend yang berbeza kerana meningkat sebanyak 44 peratus jika dibandingkan dengan tahun lalu yang mencatatkan kerugian sebanyak RM1.9 bilion,” katanya.

Menurut Ramli, sebanyak 13,721 kertas siasatan, atau 45 peratus, yang dibuka berjaya mengheret mereka yang terlibat ke mahkamah.

“Peratusan pertuduhan ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu yang mencatatkan jumlah 43 peratus atau 13,450 dari keseluruhan kertas siasatan.

“Ini merupakan petanda positif kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah komersial,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast