Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berucap pada ‘Perhimpunan Bulanan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 DISEMBER 2024

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan memandang serius dakwaan mengenai video pornografi yang membabitkan murid sekolah di negara ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM akan bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membendung isu tersebut.

“Kita ambil serius sepenuhnya dan kita bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anak-anak kita terus dilindungi khususnya anak-anak di peringkat sekolah.

“Maksudnya kalau ada pun maksudnya perbincangan itu adalah melibatkan sesama kita di peringkat kementerian dan pihak berkuasa supaya kita dapat bendung dari segi keselamatan sebab bila kita sebut anak sekolah ini adalah keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KPM di kementeriannya, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan, bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) amat mudah diakses di Malaysia dengan video dijual di platform media sosial hanya dengan harga RM1.

Permintaan semakin meningkat untuk kandungan sedemikian menyemarakkan lagi pengeluaran bahan pornografi kanak-kanak buatan tempatan, menimbulkan kebimbangan mendalam tentang keselamatan golongan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here