Mas Idayu muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Harum Mekar Di Hati

KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi terkenal, Mas Idayu akhirnya tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Harum Mekar Di Hati khusus untuk peminatnya.

Menariknya, karya itu merupakan gandingan perdana antara Mas Idayu dan Ajai yang bertindak selaku komposer manakala lirik pula adalah hasil idea daripada Raizo Almirez.

“Sebenarnya antara saya dan Ajai sudah lama berkawan dan kami sudah saling kenal-mengenal sejak berpuluh tahun lalu dan baru kali ini dapat bekerjasama bersama menghasilkan Harum Mekar Di Hati.

“Sudah pasti saya gembira dapat bekerjasama dengan komposer yang satu ini dan percaya lagu yang dihasilkan juga ada keistimewaan tersendiri. Itu jugalah yang menjadi sebab mengapa saya teruja merakamkan lagu ini,” katanya yang kini dikenali sebagai juri pertandingan nyanyian.

Mas Idayu, 52, menambah, apa yang diberikan oleh Ajai sebenarnya kena dengan kehendaknya secara peribadi terutama pemilihan genre lagu yang berteraskan pop rock dan bukan lagi dangdut.

Katanya, dia lebih meminati genre pop rock sejak memulakan karier nyanyian namun irama dangdut yang membawa namanya mekar di persada muzik tanah air.

“Ajai tahu saya mampu menyanyikan pelbagai genre lagu dan sebab itu juga beliau tidak memberikan saya lagu dangdut sebaliknya lagu ini berentak pop rock bagi menyerlahkan lagi sisi lain.

Mas Idayu sendiri pada dasarnya lebih meminati genre pop rock sejak memulakan karier nyanyian.

“Saya percaya kepada karya Ajai dan tak salah untuk kami bekerjasama dalam sebuah naskhah kali ini. Kalau lagu ini diterima baik, mungkin akan ada kerjasama lain akan datang, kita sama-sama tunggu,” jelasnya lagi.

Bagi Ajai pula, pastinya dia gembira dapat bekerjasama dengan sahabat lamanya yang juga merupakan sorang penyanyi versatil menerusi sebuah karya yang akan menyerlahkan lagi sisi lain penyanyi tersebut.

Jelasnya, tidak ada apa-apa lagi yang perlu dipersoalkan tentang teknik nyanyian memandangkan Mas Idayu sudah tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja menerima karya ini pada peringkat awal rakaman.

“Ada sebab kenapa saya memilih pop rock dan bukannya dangdut. Bagi saya Mas Idayu merupakan nama besar dan perlu dicabar menyanyikan lagu genre lain. Bila saya beri pop rock, dia mengubah penampilan dan cara nyanyian dengan baik.

“Harum Mekar Di Hati adalah tambahan kepada repertoire sedia ada dan saya pasti beliau akan mencuri perhatian peminat baharu dan mengekalkan sokongan peminat sedia ada dengan apa yang dipersembahkan kali ini,” kata Ajai.

Sementara itu, pelancaran muzik video Harum Mekar Di Hati merupakan lagu terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan oleh Indigital Music di mana ia boleh ditonton di saluran Youtube Indigital Music. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here