MGNews: Rungutan Memuncak, Tolong Kawal Ternakan Anda Atau Berdepan Denda Minimum RM500!

Para penternak boleh dikenakan denda minimum RM500 bagi setiap ekor haiwan ternakan milik mereka yang ditangkap kerana berkeliaran yang boleh menganggugugat keselamatan orang awam terutamanya di jalan raya.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan negeri Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak memaklumkan bahawa satu Operasi Khas membabitkan tiga agensi antaranya Jabatan Veterinar Negeri dan PBT akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi penguatkuasaan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001 (EKKL).

Kerajaan negeri menasihati sekali lagi para penternak agar berdisiplin, mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan memastikan haiwan ternakan mereka sentiasa dalam kawasan ternakan dan tidak berkeliaran.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here