KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal tanah air, Fauziah Ahmad Daud nekad untuk meneruskan misinya sebagai sukarelawan di Yayasan Ammirul Ummah (YAU) mengagihkan al-Quran.
Mula membantu mencari dana untuk membina masjid sejak empat tahun lalu, Fauziah kini terlibat dengan semua aktiviti YAU.
Antaranya mengarahkan filem pendek, pengedaran al-Quran dan aktiviti lain.
“Saya bukanlah duta tetapi hanyalah sukarelawan yang diminta untuk mempelawa rakan artis lain menyokong misi baik ini,” katanya.
Beliau berkata, usaha itu diteruskannya demi arwah ibu bapa dan adik-beradiknya.
Ujar beliau, masih ada lagi di luar sana yang boleh dibantu untukn mendapatkan al-Quran.
“Saya sama sekali tidak menyangka pada usia begini, Allah pilih saya mengagihkan al-Quran kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Sayangi Al-Quran: Mencintai dan Menyebarkan Cahaya Al-Quran Ke Seluruh Alam, baru-baru ini.- MalaysiaGazette