Tinjauan mengenai isu masalah lif kepada penduduk yang berlaku sebelum Covid-19 sehingga hari ini di Blok L, PPR Desa Rejang, Setapak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan didesak membuat pemasangan dengan kadar segera ke atas 13 lif baharu untuk Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Taman Setapak Jaya, di sini.

Pengerusi Persatuan Penduduknya, Ismail Shaari berkata, JKKP tidak perlu menunggu sehingga 30 Disember ini kerana masalah lif ‘uzur’ berusia lebih 20 tahun itu sudah berlarutan sejak 2019 perlu diatasi segera demi kemaslahan penghuninya.

“Saya ingin merayu kepada pihak berwajib terutamanya JKKP untuk menjalankan pemasangan kepada lif-lif baharu pada kadar segera.

Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang, Ismail Shaari ketika temubual mengenai isu masalah lif sejak sebelum Covid-19 sehingga hari ini di Blok L, PPR Desa Rejang, Setapak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 DISEMBER 2024

“Tak guna nak baiki lif lama, semalam saya pergi mesyuarat dengan kontraktor yang mengatakan untuk baiki lif sedia ada lebih kurang RM1 juta, mana kita nak cari duit RM1 juta untuk baiki lif lama itu.

“Tak guna kita baiki lif lama, baiki sekejap, dua jam rosak balik, dan baru-baru ini pun dah over shoot (jatuh). Jangan tunggu, sampai 30 Disember, tarikh yang diberi JKKP, buat kadar segera,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari ini

Tinjauan mengenai isu masalah lif kepada penduduk yang berlaku sebelum Covid-19 sehingga hari ini di Blok L, PPR Desa Rejang, Setapak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 DISEMBER 2024

Minggu lalu, MalaysiaGazette difahamkan penduduk di Blok D, Desa Rejang berdepan detik cemas apabila fasiliti itu dilaporkan terhempas dari tingkat sembilan.

Sebelum kejadian, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial memaparkan lif penumpang itu digunakan empat individu dipercayai penduduk di kawasan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang, Ismail Shaari (kanan) berbincang bersama penduduk mengenai isu masalah lif sejak sebelum Covid-19 sehingga hari ini di Blok L, PPR Desa Rejang, Setapak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 DISEMBER 2024

Menurut Ismail, dia yang menghuni kawasan itu sejak 20 tahun lalu mengesahkan lif sedia ada memang sudah uzur dan dia sendiri saksi hidup kedaifan fasiliti itu yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

“Isu kerosakan lif sudah berlaku sejak 2019 lagi, sebelum (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP lagi, lif ini pun kami tinggal di sini lebih kurang 20 tahun, usia pun dah 20 tahun, kalau kita baiki pun sudah tak boleh dah.

“Jadi buatlah lif baharu itu, bawa turun buat pemeriksaan, tak payah tunggu 30 Disember,” katanya.

Penduduk, Muhd Indizar Taib ketika temubual mengenai isu masalah lif sejak sebelum Covid-19 sehingga hari ini di Blok L, PPR Desa Rejang, Setapak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 DISEMBER 2024

Bagi seorang penduduk, Muhd Indizar Taib, 36, berkata, pihak berkuasa perlu memandang serius masalah lif itu dan membebankan penghuni yang perlu menggunakan tangga setiap hari hingga menyebabkan kecelakaan.

“Jangan kata tingkat 18, tingkat 7 dan tingkat 8 pun penduduk yang naik sampai menangis hari-hari, dengan budak sekolah lagi, keadaan lif kami terlalu nazak.

“Sampai ada penduduk di blok sebelah yang jatuh sampai tiga kali, kalau berlaku kepada anak bini kami, betapa risaunya, tolonglah pihak berwajib baiki dan buat betul-betul lif ini,” katanya.

Penduduk, Noridah Shaari berasa sebak ketika menceritakan masalah yang dialami mengenai isu masalah lif sejak sebelum Covid-19 sehingga hari ini di Blok L, PPR Desa Rejang, Setapak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 DISEMBER 2024

Selain itu, seorang ibu tunggal, Noridah Shaari menyifatkan tahap kesabaran dia dan penduduk di situ sudah melampaui batas kerana saban hari terpaksa berdepan dengan lif yang kerap ‘meragam’.

“Bila baiki, 10 minit sahaja elok, lepas itu berjam-jam rosak, ini membebankan kehidupan kami seharian, nak mencari makan pun susah, sebab saya penghuni tetap Blok L.

“Jadi saya tak sanggup tengok kawan-kawan saya yang sakit, nak naik tangga sampai menangis. Anak saya pun menangis (naik tangga) sampai rumah penat.

“Saya sendiri bila naik atas, kepala saya mula pening, saya pun ada penyakit, darah tinggi, kencing manis, sampai nak pitam,” katanya.

Penduduk, Sazlin Samsuddin ketika temubual mengenai isu masalah lif sejak sebelum Covid-19 sehingga hari ini di Blok L, PPR Desa Rejang, Setapak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 DISEMBER 2024

Sementara itu, Sazlin Samsuddin, 45, pula mendakwa, isu kerosakan lif itu timbul selepas pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PA Des Rejang diambil alih kontraktor baharu.

“Penduduk di sini keseluruhannya lebih 12,000 orang tidak termasuk kanak-kanak, ada 38 blok, dalam satu blok ini dari Blok A sampai Blok M, cuma ada satu lif sahaja yang berfungsi, sedangkan ada tiga lif setiap blok.

“Saya duduk di sini sejak 2006, dari dulu sampai sekarang lif di sini tak pernah diselenggara.

“Sejak dapat pengurusan baharu, memang teruk sangat, kesian kepada orang-orang tua, pernah sampai orang jatuh kerana lif inilah, sampai masuk hospital, tapi kita tak buat laporan polis,” katanya.

Tinjauan mengenai isu masalah lif kepada penduduk yang berlaku sebelum Covid-19 sehingga hari ini di Blok L, PPR Desa Rejang, Setapak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 DISEMBER 2024

Katanya, lebih mengecewakan apabila pengurusan lif menunjukkan sikap acuh tidak acuh dengan tugas mereka apabila aduan kerosakan dilakukan.

“Lif satu pun kerap rosak, kalau pagi turun pergi pasar, balik kira-kira dua jam kemudian lif sudah rosak. Kita ini duduk sini berbayar setiap bulan (yuran penyelenggaraan) bukan percuma.

“Kita takut kemalangan jiwa, kalau berlaku siapa nak jawab? Kat sana ada orang sakit jantung yang duduk tingkat 18, semua warga emas duduk kat atas itu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here