Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melihat proses pengumpulan getah di depo pengumpulan lateks, pada program Perasmian Kompleks Lateks Agropolitan di Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto HARI ANGGARA, 19 DISEMBER 2024.

BENTONG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar Kompleks Lateks Agropolitan diperluaskan kepada 15 daripada lima yang sedia ada bagi meningkatkan pengeluaran hasil getah negara.

Ahmad Zahid berkata, Kompleks Lateks Agropolitan Chemomoi di Bentong boleh dijadikan model contoh kepada cadangan pelaksanaan cadangan penanaman getah negara berskala besar.

“Kita memerlukan dana dalaman untuk membina pusat-pusat lateks ini, bertujuan menambahkan pendapatan pekebun kecil getah dan mengurangkan kadar pengimportan lateks daripada luar negara.

“Ia bagi kegunaan kilang kita dan mengeluarkan bahan yang berasaskan kepada getah asli seperti sarung tangan dan pelbagai produk yang lain,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kompleks Lateks Agropolitan Chemomoi, Bentong hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada program Perasmian Kompleks Lateks Agropolitan di Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto HARI ANGGARA, 19 DISEMBER 2024.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.

Mengulas lanjut, Manndzri berkata, sepuluh kompleks itu akan dibina di wilayah utara, Johor serta negeri-negeri di Pantai Timur.

Risda kini komited untuk melaksanakan cadangan pembangunan penanaman getah negata berskala besar bagi meningkatkan pengeluaran hasil getah negara.

Pelaksanaan itu bakal menjadikan pemangkin perubahan kepada penghasilan getah domestik dalam pada masa sama memperkasakan peranan pekebun kecil getah selari dengan Aspirasi Desa Madani. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here