Gambar hiasan

PUTRAJAYAKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan sebanyak 5,662 kompaun bernilai RM1,370,500 sejak Oktober lalu.

Kompaun ini dikeluarkan bagi kesalahan larangan merokok yang melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kompaun dikeluarkan untuk penjualan produk merokok di kawasan larangan, pengiklanan dan promosi produk secara tidak sah, serta penjualan kepada individu di bawah umur 18 tahun atau Orang Belum Dewasa (OBD).

Selain itu, penjualan rokok secara atas talian atau melalui mesin layan diri turut menjadi fokus kementerian dalam penguatkuasaan akta ini.

“Sejak penguatkuasaan akta dilakukan, pelaporan daripada masyarakat menunjukkan peningkatan kesedaran.

“Setakat ini, kami telah menerima lebih 13,000 aduan melalui laman WhatsApp, manakala laman sesawang JomLapor yang baru dilancarkan semalam telah menerima 135 aduan dalam sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Laman Sesawang JomLapor di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya, di sini, hari ini.

Menurut Dzulkefly, nilai kompaun yang dikenakan bukan sahaja mencerminkan ketegasan KKM, tetapi juga komitmen kementerian melindungi kesihatan awam, terutamanya golongan rentan seperti kanak-kanak dan wanita hamil.

“Oleh itu, saya menyeru orang ramai untuk terus melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar akta ini bagi memastikan persekitaran awam yang lebih selamat dan bebas asap rokok,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here