Sumber : Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni dan Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tokoh Kraf Negara tahun 2022, allahyarham Norhaiza Noordin yang meninggal dunia pagi tadi.

Ucapan itu dizahirkan menerusi satu hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini.

“Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh allahyarham yang juga Adiguru Kraf Ukiran Halus itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kata kenyataan itu lagi.

Baginda berdua juga mendoakan agar segala urusan keluarga allahyarham dipermudahkan serta tabah di atas kehilangan insan yang tersayang.

“Segala sumbangan idea allahyarham sebagai seorang tokoh dan pakar rujuk begitu besar dalam memperkaya industri kraf tanah air khususnya dalam bidang kraf hasil rimba.

Norhaiza meninggal dunia pada usia 61 tahun di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di Kota Bharu, Kelantan pagi ini akibat masalah jantung dan meninggalkan seorang isteri dan dua anak iaitu Mohammad Othman dan Rabiatul Adawiah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here