Wanita SPRM
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung pelaksanaan kontrak projek 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menurut SPRM, keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan siasatannya sejak September lalu yang mendapati tiada unsur jenayah dalam pelaksanaan tender tersebut.
“Sebagai langkah susulan, siasatan telah dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, yang memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus serta isu berkaitan tuntutan kewangan dalam kontrak antara YTL Communications Sdn Bhd dan KPM,” katanya menerusi kenyataan.
Sehubungan itu, menurut SPRM, TPR telah mengarahkan suruhanjaya itu untuk menyerahkan laporan penuh hasil dapatan siasatan kepada KPM, berserta syor-syor penambahbaikan.
Katanya, antara langkah utama yang disyorkan ialah agar KPM kembali ke meja perundingan bersama YTL Communications untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu berbangkit daripada kontrak tender perkhidmatan yang telah dipersetujui. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here