Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama pada program Perasmian Kompleks Lateks Agropolitan di Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto HARI ANGGARA, 19 DISEMBER 2024.

BENTONG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau yang juga Presiden UMNO juga berharap agar tidak ada pihak yang mempersoalkan keputusan yang dibuat hari ini.

“Apabila ia dilepas dan dibebaskan ertinya kita harus menghormati keputusan institusi kehakiman dan telah memihak kepada Datin Seri Rosmah.

“Saya harap tidak ada pihak-pihak yang mempertikai keputusan mahkamah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kompleks Lateks Agropolitan Chemomoi hari ini.

Awal hari ini, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Rosmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri agar kesemua 17 pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata, pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Lagi menyusul…

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here