KUALA LUMPUR – Penyertaan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI Petronas 2024 yang memasuki edisi ke-44 tahun penganjurannya telah mula dibuka pada 16 Disember lalu.

Malaysian Press Institute (MPI) berkata, sejumlah 23 kategori dipertandingkan dalam HKM 2024 dengan nilai hadiah RM450,000 yang ditaja oleh Petronas.

Pengurus Anugerah MPI, Salman Husni Abdollah berkata, hanya karya kewartawanan yang telah diterbit dan disiarkan sepanjang tahun 2024 layak menyertainya.

Menurutnya, terdapat beberapa pindaan yang ketara pada syarat-syarat dan peraturan penyertaan, antaranya Kategori Wartawan Muda A. Samad Ismail, penyertaannya perlu mengemukakan dokumen sokongan berbentuk profil diri dan pencapaian yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Ketua Jabatan.

Tambahnya, penyertaan kategori khusus media penyiaran televisyen & video dalam talian serta penyiaran media radio & podcast mesti mengandungi ahli kumpulan yang terdiri daripada beberapa peranan atau jawatan yang wajib ada dalam kumpulan.

“MPI memohon semua peserta yang ingin mempertaruhkan karyanya hendaklah meneliti syarat-syarat dan peraturan terlebih dahulu,” jelas Salman.

Tarikh tutup penyertaan HKM 2024 ialah 24 Januari 2025 manakala tarikh tutup bagi pencalonan Tokoh Wartawan Negara, Tokoh Media Negara dan Anugerah Khas adalah pada 31 Mac 2025.

Maklumat syarat penyertaan, panduan dan borang penyertaan boleh didapati di pautan ini: https://www.mpi.my/award/hkm-2024

Majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia 2024 disampaikan pada Malam Wartawan Malaysia dijangka berlangsung pada pertengahan Jun 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here