Sosej dari China yang dirampas di NBCT, Pulau Pinang

BUTTERWORTH- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 27 tan produk sosej sejuk beku bernilai RM37,617 di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth  Utara di sini hari ini.

MAQIS Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan pemeriksaan ke atas sebuah kontena dari China mendapati dokumen import mengelirukan dengan pengimport mengisytiharkan konsainan dagangan yang dibawa masuk itu daripada jenis Frozen Cuttlefish Intestines.

“Hasil keputusan analisis sampel melalui kaedah analisis Deoxyribonucleic Acid (DNA) mendapati konsainan berkenaan mempunyai DNA ayam, berbeza dengan kandungan yang diisytiharkan.

“Kemasukan sosej tanpa pengesahan Sijil Kesihatan Veterinar dan Sijil Halal boleh menyebabkan risiko kemasukan makanan berasaskan haiwan yang dikhuatiri kesahihan dalam aspek keselamatan agromakanan dan halal,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here