Dr Orhan Ekren. foto turkiyetoday.com

ANKARA – Mayat ahli akademik Turkiye yang hilang sejak akhir November lalu ditemui di Terusan Regent, London.

Pengesahan itu dibuat oleh isteri Prof Dr Orhan Ekren.

Bercakap kepada agensi berita Anadolu, Banu Ekren berkata, mayat suaminya ditemui berhampiran lokasi terakhir yang ditunjukkan oleh aplikasi pengesanan keluarga pada telefonnya.

Seorang pekerja perbandaran memaklumkan pihak berkuasa pada 15 Disember selepas ternampak satu mayat di terusan berhampiran Camden kira-kira 10 pagi waktu tempatan.

Polis berkongsi gambar dengan keluarga untuk membantu pengecaman, pada 17 Disember, menurut Banu Ekren.

Beliau menambah, bedah siasat sedang dijalankan di United Kingdom dan pengebumian akan diadakan di Torbali, sebuah daerah di wilayah Izmir, barat Turkiye, sebaik jenazah dihantar pulang.

Polis Metropolitan mengesahkan, Terusan Regent telah diperiksa dua kali semasa siasatan selepas telefon Ekren kali terakhir mengeluarkan isyarat berhampiran laluan air.

Barang-barang miliknya, termasuk beg galas dan pakaian basah, sebelum ini ditemui di sepanjang tebing terusan, tanpa sebarang tanda kecurian kerana barangan peribadi masih dalam keadaan elok. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here