SEPANG – Pelakon dan pelawak lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah disyaki ganja di kediamannya di Cyberjaya pada Sabtu lalu tiba di Mahkamah Sepang pada jam 9.05 pagi, pagi ini.
Suspek yang memakai baju lokap dan pelitup muka tiba jam 9 pagi menaiki kenderaan polis dengan tangan digari.
Sebaik dia tiba, petugas media yang sedia menanti sejak awal pagi mula menggerumuninya.
Bekas peserta program realiti Raja Lawak berusia 41 tahun itu ditahan di kediamanya di Cyberjaya bersama dua paket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.
Suspek direman selama lima hari bermula Ahad lalu hingga semalam.
Semalam, pelawak berkenaan disambung reman empat hari hingga Ahad ini oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Sepang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
Penahanan suspek disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman. – MalaysiaGazette