Anggota bomba memeriksa lori kargo yang terlibat merempuh treler di Jalan Pan Borneo-Miri pagi tadi. foto JBPM

MIRI – Seorang pemandu dan kelindan maut di tempat kejadian apabila lori kargo yang mereka naiki merempuh treler yang diparkir di bahu Jalan Pan Borneo-Miri berhampiran Ladang Tiga, Suai, kira-kira 80 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pemandu dikenali sebagai Bonaventure Jimmat, 31, manakala kelindan Keeshen Marks Donald Bujang Nasil, 26, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi.

Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 2.37 pagi sebelum pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dengan kekuatan lima anggota dan jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya 28 kilometer.

“Kemalangan melibatkan lori kargo yang merempuh bahagian belakang treler diparkir di bahu jalan mengakibatkan dua mangsa lelaki tersepit pada bahagian hadapan lori kargo tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here