Ahmed al-Sharaa, yang juga dikenali sebagai Abu Mohammed al-Julani, mengetuai kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang menumbangkan Presiden Syria lama, Bashar al-Assad, bulan ini. Ihsan Foto : AFP

DAMSYIK – Amerika Syarikat (AS) telah membatalkan ganjaran AS$10 juta untuk penangkapan pemimpin baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, selepas kebangkitan rakyat negara itu menumbangkan bekas Presiden, Bashar al-Assad.

Kenyataan itu dibuat Penolong Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Timur Dekat, Barbara Leaf, semasa lawatan ke Damsyik, Syria bagi mengadakan rundingan dengan pentadbiran baharu negara itu, semalam.

“Keputusan ini dibuat selepas kami menerima maklum balas positif pada Jumaat lalu, termasuk janji untuk memastikan ‘pengganas’ tidak lagi menimbulkan ancaman.

“Hasil perbincangan bersetuju untuk tidak lagi meneruskan ganjaran program Rewards for Justice yang telah berkuat kuasa selama beberapa tahun,” kata Barbara ketika ditemui media tempatan.

Pihaknya menyatakan sokongan penuh dalam tempoh transisi politik yang dipimpin dan dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Syria untuk menghasilkan kerajaan yang inklusif.

Lawatan itu merupakan rombongan kali pertama diplomat AS selepas penggulingan al-Assad dalam satu serangan kilat yang diketuai kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS).

Walaupun AS mengklasifikasikan HTS sebagai organisasi ‘pengganas’ pada 2018, ketua kumpulan itu Abu Mohammed al-Julani yang juga dikenali sebagai Ahmed al-Sharaa pernah bekerjasama dengan al-Qaeda.

Kunjungan Barbara ke Syria bersama bekas utusan khas AS ke Syria, Daniel Rubinstein, dan utusan utama untuk urusan tebusan, Roger Carstens, berlaku ketika negara-negara Barat mempertimbangkan kemungkinan menghapuskan label ‘pengganas’ untuk HTS.

Walaupun label itu membawa sekatan tertentu, ia tidak menghalang pegawai AS daripada berbincang dengan ahli atau pemimpin kumpulan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here