KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Perdana Menteri mengenai kes Datin Seri Rosmah Mansor satu pengakuan berani.
Datuk Dr Akmal Salleh berkata, terbukti tuduhan terhadap Rosmah hanyalah sekadar fitnah jahat yang mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Cincin Rosmah, Rosmah itu, Rosmah ini semuanya Allah telah tunjukkan kebenarannya pada hari ini.
“Kasihan keluarga Datuk Seri Najib Razak yang menanggung semua tuduhan liar ini,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya menyifatkan ada pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU 2018 adalah cacat memandangkan ia dibuat terburu-buru.
Beliau mengulas pembebasan Rosmah daripada tuduhan pengubahan wang haram dan berkata, kes pertuduhan bermula sekitar tempoh itu digambarkan dibuat ‘penuh racun dan permusuhan”. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Pendakwaan beberapa kes selepas PRU14 sebagai cacat, terburu-buru – Anwar