PASIR MAS – Batalion tujuh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara melalui Op Taring Wawasan berjaya mengesan kegiatan penyeludupan produk kosmetik di Pengkalan Haram Syed Mior Bukit Lata, Pasir Mas, kelantan, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan dilakukan pada jam 9.45 malam apabila pasukan petugas melihat beberapa kotak semasa melakukan rondaan di situ.
“Hasil pemeriksaan menemui empat kotak barangan kosmetik yang dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan.
“Kami dapati kesemua kosmetik itu tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Nik Ros Azhan, nilai keseluruhan rampasan adalah RM81,600.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.
“Manakala hasil rampasan telahpun diserahkan ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya,” tambah beliau.